Asma Ul-HusnaDraft

Ar Rahman
ٱلْرَّحْمَـٰنُ
The Most Gracious

Allah al-Rahman. Maha Pengasih. Maha Pemurah. Maha Belas Kasihan. Dia menaburkan kasih kepada semua makhluk di dunia ini walaupun manusia tidak menyembah-Nya, tidak mengucapkan terima kasih kepada-Nya atau tidak meminta kepada-Nya. Rahmat Allah meliputi segala-galanya.

Al-Rahman ialah vitamin jiwa yang didambakan oleh jiwa-jiwa manusia yang tandus dan gersang dengan perasaan kasih sayang. Sesungguhnya, setiap makhluk yang berkasih sayang di dunia ini atas daya kasih sayang Allah al-Rahman yang dialirkan sedikit kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Dengan itu, nyata bagi kita yang benar-benar mengenali Allah al-Rahman bahawa kasih sayang suami, ibu bapa, anak-anak, sahabat, manusia di sekeliling kita, pada hakikatnya ialah kasih sayang Allah kepada diri kita selama ini. Kurniaan kasih sayang al-Rahman kepada manusia, sudah pasti kebahagiaan menunggu kita.

Kasih sayang mampu melahirkan kekuatan luar biasa. Seseorang yang menghayati sifat Allah al-Rahman akan berakhlak dengan sifat tersebut. Sedetik pun tidak pernah memperlihat perasaan benci. Setiap kata-katanya mengeluarkan mutiara-mutiara kasih, setiap tatapan matanya memancarkan kasih. Gerakan kaki dan tangannya hanya bertujuan menolong atas dasar kasih dan bukan atas kepentingan diri. Membantu dan menghulurkan bantuan tanpa bersikap pilih kasih.

Quran: Beginning of every Surah (chapter) except one, and numerous other places. The first verse ('ayat) of Surah ar-Rahman (Surah 55) consists only of this Name.
Ar Raheem
ٱلْرَّحِيْمُ
The Most Merciful

Allah Ya Rahim Yang Maha Penyayang. Allah penyayang kepada hamba-Nya yang beriman. Dengan sayang-Nya, Dia memelihara hamba pilihan-Nya untuk tetap berada di dalam reda-Nya. Sayang Allah akan berakhir dengan balasan syurga di akhirat.

Sifat al-Rahim yang ada pada manusia membolehkan manusia menyayangi, mendidik dan membimbing ummah untuk membawa manusia lain kepada Allah Ya Rahim. Menegur sekiranya tersilap, memberikan perhatian dan sokongan di dalam perkara yang diperjuang.

Seseorang yang menghayati sifat al-Rahim akan mendatangi orang yang lalai dengan memberi teguran dan nasihat secara lembut, bukannya secara kasar. Orang derhaka dan masih bergelumang dengan dosa dipandang dengan penuh kasih, bukan dengan pandangan menghina.

Quran: Beginning of every Surah (chapter) except one, and numerous other places (there are a total of 114 Surahs in the Quran.)
Al Malik
ٱلْمَـٰلِكُ
The King

Allah Ya Malik Yang Maha Memiliki. Dia memiliki seluruh isi langit dan bumi secara mutlak. Dan Dia memiliki diri kita, tubuh badan kita, anak-anak kita, suami/isteri kita. Dia boleh memberi dan Dia boleh mengambil apa-apa sahaja daripada manusia pada bila-bila masa. Tiada siapa-siapa pun yang mampu menghalang sekiranya Allah Ya Malik ingin memberi atau mengambil. Setiap pemberian ialah amanah dan pinjaman yang akan ditanyai semuanya di Akhirat kelak.

Menghayati sifat al-Malik membuatkan seseorang sedar dirinya fakir, tidak memiliki suatu apa-apa pun. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan setiap amanah yang diberikan Allah dan menjaga semua anugerah Allah yang dipinjamkan sebaik mungkin.

Penghayatan kepada sifat al-Malik juga membolehkan manusia menggenggam dunia dan bertindak memastikan dunia tunduk kepada al-Malik. Dengan itu setiap kerjanya, tugasannya dan perlakuannya menjurus kepada menjadi alat al-Malik, mentadbir manusia ke jalan Allah. Menghasilkan modul-modul, produk-produk, silibus-silibus, sekolah-sekolah, pusat-pusat latihan yang ditadbir oleh alat-alat al-Malik. Dunia akan menjadi aman apabila semuanya mampu tunduk kepada al-Malik.

Tidak ada seorang pun yang dapat mendakwa diri sebagai penguasa tertinggi. Tugas pemerintah adalah untuk mewujudkan rasa aman, damai, sejahtera dan bahagia kepada saudara-saudaranya.

59:23, 20:114, 23:116
Al Quddus
ٱلْقُدُّوسُ
The Most Holy

Allah Ya Quddus Yang Maha Suci. Ini bererti Allah suci, bersih dan sempurna dari segala kesalahan, kecacatan atau kekurangan. Penciptaan langit dan bumi membuktikan kesempurnaan penciptaan-Nya dan kekuasaan-Nya. Al-Quddus juga membawa makna mempunyai pekerti yang sangat mulia diliputi dengan kasih sayang tanpa kebencian.

Penghayatan al-Quddus dalam diri manusia adalah dengan menyucikan jiwa daripada sembahan-sembahan lain selain daripada Allah (hawa nafsu, bisikan syaitan, dunia, kata-kata manusia). Menyucikan jiwa daripada penyakit-penyakit hati (dendam, benci, mengumpat, menghasut dan lain-lain). Menyucikan hidup daripada dosa dan noda, serta menyucikan mulut, telinga, mata, anggota tubuh dan sebagainya.

59:23, 62:1
As Salam
ٱلْسَّلَـٰمُ
The Ultimate Provider of Peace

Allah Ya Salam bererti Yang Maha Sejahtera, tenang, menyelamatkan dan damai. Dia yang memberi kesejahteraan, ketenangan, keselamatan dan kedamaian kepada manusia. Dia memberi kesejahteraan jiwa, pemikiran, emosi dan tubuh badan. Untuk mendapat kesejahteraan dari Ya Salam, hendaklah mendekatkan diri dengan-Nya dengan melakukan ketaatan dan memperbanyak ibadah-ibadah sunat.

Penghayatan kepada al-Salam melahirkan manusia yang sanggup mengorbankan diri bagi kesejahteraan dan keselamatan orang lain dengan membantu mengikut kemampuan, memberi ketenangan melalui motivasi, nasihat dan pandangan.

Menjaga kesejahteraan badan dengan mengikut sunah nabi (makan, tidur, bermuamalat dan lain-lain).

59:23
Al Mu'min
ٱلْمُؤْمِنُ
The Guardian of Faith

ALLAH YA MUKMIN Yang Maha Memberi Keamanan. Memberi keamanan jiwa, emosi dan jasmani serta dibebaskan dari rasa takut dan bimbang. ALLAH sumber keamanan kehidupan manusia, saat sama DIA juga mampu memberikan bahaya dan ancaman (Ya Dharr). Untuk mendapat keamanan dari Ya Mukmin, perlukan kekuatan persandaran dan keimanan yang teguh kepada ALLAH, Malaikat, Rasul, Kitab, Akhirat, Qada’ dan Qadar sebagaimana yang dituntut dalam Rukun Iman.

Penghayatan kepada Al-Mukmin adalah seseorang harus ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan demi kerana ALLAH semata-mata, bersemangat dan tidak ada sikap putus asa. Tidak gentar atau takut menghadapi cabaran kehidupan ini kerana tingginya keyakinan berdampingan dengan ALLAH YA MUKMIN.

59:23
Al Muhaymin
ٱلْمُهَيْمِنُ
The Guardian, the Preserver

ALLAH YA MUHAIMIN Yang Maha Memelihara. DIA memelihara hidup manusia daripada bahaya dan bencana. DIA memelihara manusia daripada tergelincir dari jalan kebenaran dan daripada mengikut bisikan syaitan serta memelihara hamba-hamba yang beriman daripada azab api neraka.

Menghayati sifat AL-MUHAIMIN akan menjadikan seseorang cuba sedaya upaya memelihara kesejahteraan manusia lain agar manusia selamat dunia dan akhirat. Juga memelihara manusia lain daripada terpesong dari kebenaran dengan kerja-kerja dakwah.

Manusia harus memohon pemeliharaan daripada ALLAH daripada bencana dunia dan akhirat, makhluk tidak mampu memelihara melainkan dengan pertolongan dan izin ALLAH YA MUHAIMIN. Manusia harus bergantung harap sepenuhnya hanya kepada ALLAH YA MUHAIMIN demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

59:23
Al Aziz
ٱلْعَزِيزُ
The Almighty, the Self Sufficient

ALLAH YA AZIZ Yang Maha Perkasa. DIA lebih perkasa daripada seluruh makhluk di dunia ini. KeperkasaanNYA dapat dilihat dalam penciptaan langit dan bumi serta makhlukNYA. DIA perkasa dalam menguasai setiap makhluk ciptaanNYA seperti matahari, bulan, bintang, binatang, gunung serta manusia. Seluruh keperkasaan makhlukNYA adalah daya keperkasaanNYA Ya Aziz. DIA juga mampu memperkasakan jiwa manusia agar cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

Menghayati sifat Al Aziz akan melahirkan manusia yang cekal semangat dalam mengharungi kehidupan, tidak mudah putus asa ketika kecewa dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Hamba Al Aziz akan menguatkan jiwa-jiwa yang lemah dan kecewa dengan keyakinan bahawasanya semakin dia diuji, semakin cinta ALLAH kepadaNYA dan DIA redha dan sabar atas ujian itu.

3:6, 4:158, 9:40, 48:7, 59:23
Al Jabbaar
ٱلْجَبَّارُ
The Compeller

ALLAH YA JABBAR Yang Maha Memaksa, yang kehendakNYA tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun. PemaksaanNYA tanda kasih sayangNYA kepada hamba-hamba pilihanNYA kerana manusia itu sifatnya sering lupa dan lalai. Hanya dengan pemaksaan dan kehendakNYA manusia akan ingat kepada ALLAH ketika diri alpa.

Menghayati AL-JABBAR menjadikan manusia bersyukur dan bersikap redha kerana mengerti kehendak ALLAH itu tanda kasih sayangNYA, untuk menyelamatkan manusia daripada kemungkaran dan kemurkaan ALLAH. Disempitkan rezekinya atau diberikan ujian kesakitan dan kehinaan agar manusia kembali ingat dan menginsafi setiap salah silapnya dan berpatah balik ke jalan yang benar. ALLAH YA JABBAR memastikan hambaNya bergerak di atas landasan orbit yg ditetapkanNya dengan tegas, apabila tersasar ditarik kembali samada secara lembut atau paksaan.

Orang beriman yang menghayati nama ALLAH YA JABBAR menzahirkan fitrah ini pada akhlak dan peribadinya. Setiap saat berlapang dada dan redha akan agenda Allah meskipun tidak disukai oleh nafsunya yg sukakan rehat dan keduniaan. Sentiasa tunduk pada setiap arahan Allah. Istiqomah dalam menyebarkan ilmu makrifat, menegakkan kebenaran dan mencantas kemungkaran.

59:23
Al Mutakabbir
ٱلْمُتَكَبِّرُ
The Dominant one

ALLAH YA MUTAKABBIR Yang Maha Memiliki Kebesaran. Kebesaran DZATNYA meliputi kebesaran alam ini. Manusia dan alam semesta sangat kerdil berbanding dengan kebesaran ALLAH.

Menghayati AL MUTAKABBIR menjadikan manusia sedar akan kekerdilan diri, tidak menyombong diri, sentiasa merendah dan menginsafi diri. Hamba AL MUTAKABBIR bergantung penuh kepada ALLAH dalam setiap yang dilakukan kerana menyedari akan kedhaifan dan kekurangan diri.

Hamba AL MUTAKABBIR yang dipakaikan jubah kebesaranNYA seperti jawatan, kedudukan ataupun kebesaran gelaran sedar dirinya hanya alat ALLAH YA MUTAKABBIR dalam menjalankan amanah sebagai Abdi ALLAH dan Khalifah ALLAH didunia ini semata-mata.

59:23
Al Khaaliq
ٱلْخَـٰلِقُ
The Creator

59:23
Al Baari
ٱلْبَارِئُ
The Maker

59:23
Al Musawwir
ٱلْمُصَوِّرُ
The Fashioner of Forms

59:23
Al Ghaffaar
ٱلْغَفَّـٰرُ
The Ever-Forgiving

59:23
Al Qahhaar
ٱلْقَهَّـٰرُ
The All Subduer

59:23
Al Wahhaab
ٱلْوَهَّابُ
The Bestower

59:23
Ar Razzaaq
ٱلْرَّزَّاقُ
The Ever-Providing, The Sustainer

59:23
Al Fattaah
ٱلْفَتَّاحُ
The Ultimate Judge, The Opener of All Portals, the Victory Giver

59:23
Al Alim
ٱلْعَلِيمُ
The All-Knowing, the Omniscient

59:23
Al Qaabidh
ٱلْقَابِضُ
The Restrainer, the Straightener

59:23