Tanda bulat kecil

Sifr Mustadirالصفر المستدير

Tanda ini hanya terletak di atas huruf 'illah(lemah) iaitu huruf alif(اْ), wau(وْ) dan ya'(). Ia menunjukkan huruf berkenaan adalah huruf tambahan, tidak dibaca sebagai huruf mad pada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya.
bulat1 bulat2

Bulatan bujur meninggi

Sifr Mustatil Qoimالصفر المستطيل القائم

Tanda ini hanya terletak di atas huruf alif(اْ), sebagai huruf terakhir pada kalimah jika huruf yang berikutnya berbaris. Ia menunjukkan huruf yang berkenaan adalah huruf tambahan yang dihafazkan dari bacaan, tidak dibaca sebagai huruf mad, pada ketika pembacaannya disambung dengan huruf berikutnya. Dan dibaca sebagai huruf mad pada ketika berhenti bacaan padanya.

Di dalam al-Quran kalimah أنا tercatat sebanyak 68 kali. 61 kali daripada jumlah tersebut ditulis dengan tanda bulat di atas huruf ا selepas huruf ن. Tanda ini adalah untuk menunjukkan bahawa huruf alif yang di bawah tanda tersebut hanya dibaca ketika pembaca memberhentikan (waqaf) bacaan pada kalimah أنا sahaja, namun sekiranya pembaca tidak berhenti (wasal) pada kalimah أنا dan terus menyambung bacaan dengan kalimah selepasnya maka huruf alif (ا) di situ tidak di baca. Seolah-olah huruf alif (ا) itu tiada.

Kalimah أنا
Kalimah lain