Malaikat

Malaikat Utama

Jibril
ﺟﺒﺮﻳﻞ

Malaikat Jibril (atau Jibrail - ﺟﺒﺮﺍﺀﻳﻞ/ﺟﺒﺮﻳﻞ juga Gabriel) adalah malaikat yang dipercayai oleh orang-orang Islam dan agama samawi lain yang bertugas bagi menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul. Mengikut Al-Quran, Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat. Di dalam teks Tanakh, Taurat dan Injil, ada juga yang menerangkan bahawa Malaikat Jibril merupakan ketua kepada kesekalian para Malaikat.

Mikail
ميكائيل

Malaikat Mikail merupakan malaikat yang menyampaikan rezeki. Dalam Bahasa Inggeris, Malaikat Mikail dikenali sebagai Michael. Malaikat Mikail adalah salah satu di antara pembesar malaikat yang empat yang diciptakan Allah.

Israfil
إسرافيل

Isrāfīl (Arab:إسرافيل, Israfel "yang membakar"), adalah Sang Malaikat yang akan meniup sangkakala tatkala akan tibanya hari kiamat nanti, walaupun namanya tidak disebutkan di dalam Al-Quran. Ia sebagai salah satu dari empat Malaikat Utama dalam Islam, bersama dengan Mikail, Jibril dan Izrail. Namanya disebut dalam satu hadis mengenai hari kiamat yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a.

Malaku l-Mawt
ملك الموت

`Izra'il (Bahasa Arab: عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Izra'il juga terkait dengan kisah pengambilan tanah dibumi dan penciptaan Nabi Adam as . Perkataan `Izra'il dipercayai berasal daripada bahasa `Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah. Nama `Izrail tidak pernah disebutkan di dalam Al-Qur'an atau hadis sebaliknya mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malaku l-Mawt (ملك الموت). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel. Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti yang dibantu oleh Tuhan (Whom God Helps).

Malaikat menyoal mayat

Malaikat Munkar ialah malaikat yang dipercayai oleh orang-orang Islam yang bertugas menyoal manusia di alam kubur mengenai segala amalannya didunia ini.

Malaikat Munkar dan Nakir (Arab: منكر و نكير) dalam eskatologi Islam adalah dua Malaikat yang menanyakan atau menguji keyakinan diri orang yang telah mati di alam barzakh.

Mungkar
منكر
Nakir
نكير

Malaikat menjaga pintu syurga dan neraka

Ridhwan
رضوان

Ridhwan adalah malaikat yang diperintah oleh Allah S.W.T. untuk menjaga pintu syurga. Malaikat Ridwan biasanya dikaitkan bersama malaikat Malik. Bagaimanapun, tidak ada keterangan di dalam Al Qur'an dan hadis sahih yang menerangkan secara jelas namanya. Terkadang namanya diucapkan sebagai "Rizvan" oleh orang Persia, Urdu, Pashtun, Tajik, Punjab, Kashmir dan orang berbahasa lainnya yang terpengaruh oleh bahasa Persia. Sementara di Perancis ditulis sebagai "Redouane". Sekarang, nama ini digunakan sebagai nama maskulin oleh orang Arab atau orang yang beragama Islam. Malaikat Ridhwan biasanya dikaitkan bersama Malaikat Malik. Ridhwan adalah salah satu perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud "keredhaan".

Malik
مالك

Malaikat Malik adalah malaikat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk menjaga pintu neraka. Ia biasanya dikaitkan dengan malaikat Ridwan.

Malikat penjaga

Hafazhah
الحفظة

Malaikat menjaga dan menulis

Kiraman Katibin
كراماً كاتبين‎

Malaikat mencatat amalan

Raqib
رقيب

Mencatat segala amalan-amalan baik manusia.

Atid
عتيد

Mencatat segala perbuatan jahat manusia.

Mu'aqqibat
معقبات

Malaikat yang menjaga setiap orang dari hadapan dan belakang pada siang dan malam

Malikat yang di beri ujian keimanan

Malaikat yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun, mereka telah diberi keampunan oleh Allah.

Harut
هاروت
Marut
ماروت

Malaikat penolong malaikat maut

Nāzi'āt
نازعات

Malaikat penolong malaikat maut yang kasar

Nāshiṭāt
ناشطات‎

Malaikat penolong malaikat maut yang lembut

Malaikat penyeksa di dalam neraka

Zabaniyah
الزبانية

Zabaniah merupakan nama malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk menyeksa orang-orang yang berada di neraka.

Malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.

Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, niscaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga. (Hadis Riwayat Ibnu Mas'ud)

Malaikat penanggung Arasy Allah

Hamalatul Arsy
حملة العرش

Empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)

Sources