Nun kecilن
Nun kecil ini hanya terdapat pada Surah Al Anbia pada ayat 88. Kalimah ini juga terdapat pada Surah Yusuf(110) dan Surah Yunus(103). Qiraat Ibnu Amir dan Riwayat Syukbah membacanya dengan satu nun berbaris hadapan dan jim sabdu berbaris bawah. Manakala Qiraat lain termasuk Riwayat kita Hafs membacanya dengan dua nun iaitu Nun pertama baris hadapan dan Nun kedua mati dan Jim berbaris bawah yang mana dibaca secara ikhfa' hakiki bagi pertemuan nun kedua mati dan jim selepasnya. Kesimpulannya, Rasm Al-Quran bagi kalimah tersebut ditulis dengan hanya satu nun bertujuan meraikan dua bacaan Qiraat yang berbeza, sekiranya ditulis dengan dua nun sudah pasti ia akan menafikan Qiraat yang membaca dengan satu nun. Namun, sekiranya ditulis dengan satu nun ianya mampu menerangkan dua wajah bacaan Qiraat secara "ihtimal".